Ice magic

on Wednesday, February 6, 2013






You need:

+ a cup of water
+ ice cube
+ table salt
+ cotton or thin string

USING some simple science, you can do an amazing magic trick. Show your friends a cup of water which an ice cube is floating.

Also on the table or nearby you should have some table salt and a length of cotton or thin string.
Ask your friends if they can lift the ice cube out of the water with the string. They are not allowed to use their fingers or any cutlery to get the cube out.

When your friends admit defeat, you simply rest part of the string on top of the ice cube.
Now sprinkle some salt over the cube and wait for a few seconds. Lift the other end of the string and the ice cube will be lifted from the water, sticking to the string.

The reason this works is that the salt lowers the freezing point of the surface of the ice cube so it melts.
When the water has dissolved the ice, the ice cube freezes over again, with the string embedded in the ice firmly enough to support the weight of the cube.


http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=0128&pub=ESTIDOTMY&sec=Cuba-cuba_Sains&pg=cs_01.htm


Break out






You need:

:: freezer
:: egg
:: bowl

Water has immense power in all of its forms. Take a look at what happens when you freeze an egg to get an idea of what freezing water can do.

Place an egg in a bowl and put it into the freezer for about five hours. Take it out, and carefully observe how it has changed.

When the materials inside the egg freezes, they expand and break the hard outer shell of the egg.
This process is similar to when water gets into cracks in rocks and freezes.

When the water expands, it sometimes breaks the rocks. This is a type of weathering that can make changes in the features of the earth’s surface.

The amazing, expanding cube

When things get cold, they usually contract (get smaller). Water is an exception to this rule. When water freezes, it gets bigger.
The expansion of water when it freezes sometimes breaks up rocks and roads. – Science, Projects & Activities.


http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4925818280556738669#editor/target=post;postID=2589241411317318178

Balloon rocketry








You need:

:: balloon
:: tape
:: drinking straw
:: tread
:: two chairs
TAKE an ordinary balloon and tape a drinking straw to it.

Thread a two meter length of thread through the drinking straw. Now place two two chairs about two meters apart and tie one end of the thread to each chair.

Make sure the thread is taut.

If you now blow up the balloon, pull it to one end of the thread, and let it go, it will rocket between the two chairs. Just make sure nobody is sitting on the chairs.

What happens?

For every action, there is an equal and opposite reaction. Blow up a balloon and let it go – the air rushing out of the neck of the balloon makes the balloon go forwards.

– Foul Facts Science - The Awful Truth.


http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=0226&pub=ESTIDOTMY&sec=Cuba-cuba_Sains&pg=cs_02.htm


Petua Merawat Sengatan Tebuan





Jika anda terkena sengatatan tebuan, ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.


http://101petua.blogspot.com/search/label/Petua%20Rawat%20Penyakit


Petua Mengubat Gastrik - Kunyit



Petua Mengubat Gastrik - Kunyit




Dapatkan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. Minum campuran ini bila terasa sakit.



http://101petua.blogspot.com/search/label/Petua%20Gastrik

# Selamat mencuba..

Petua Hilangkan Jeragat / Bintik Hitam

Petua Hilangkan Jeragat / Bintik Hitam



Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Cubalah petua-petua di bawah ini untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.


Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.


http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4925818280556738669#editor/target=post;postID=8166205981747276013



KERINGNYA MATA SAYA

KERINGNYA MATA SAYA

Ikan Salmon


Ikan Sardin


Ikan Mackerel



Jika mata anda kerap kering akhir-akhir ini, nampaknya anda perlu menambahkan pengambilan ikan dalam menu harian. Untuk itu, pilihlah ikan salmon, sardine dan mackerel yang diketahui kaya dengan asid lemak Omega 3.

Asid lemak ini digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan air mata dan juga beberapa fungsi yang lain. Penyelidik mencadangkan agar mereka yang sering mengalami masalah mata kering untuk menhingkatkan hidangan ikan-ikan seperti ini.


SUMBER : Dari bahan bacaan sendiri....Majalah Rapi



Buah - buahan tempatan

Buah - buahan tempatan



Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. 







Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia.











http://www.angelfire.com/tv2/fruit/

MANFAAT BUNGA TANJUNG



MANFAAT BUNGA TANJUNG




Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi



Manfaat bunga dan buah Tanjung
Bunganya yang wangi mudah gugur dan dikumpulkan di pagi hari untuk mengharumkan pakaian, bilik atau untuk hiasan. Bunga ini, dan aneka bahagian tumbuhan yang lain, juga mempunyai khasiat ubat.

Buahnya berwarna hijau kalau masih muda, kalau sudah masak berwarna kuning kemerahan, boleh dimakan dengan rasa manis agak sepat.

Air rebusan kulit batang digunakan sebagai ubat menguatkan dan ubat demam. Rebusan kulit batang dan bunganya digunakan untuk mengatasi murus yang disertai demam.

Daun segar yang digerus halus digunakan sebagai tapal ubat sakit kepala; daun yang dirajang sebagaimana tembakau, dicampur sedikit parutan kayu secang dan dilinting dengan daun pisang, digunakan sebagai rokok untuk merawat seriawan mulut.

Bahagian yang digunakan ialah Kulit batang, daun dan bunga.
Sakit gigi dan menghilangkan nafas berbau; Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari.
Merawat luka;. Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

Mewangikan rambut; Bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumurkan ke rambut.

Pengharum bilik; Letakkan segenggam bunga tanjung dalam bilik

Aroma terapi; Ambil segenggam bunga tanjung lalu di rebus dengan 4 ltr air hingga mendidih campur dengan air sejuk sehingga suam suam kuku, lalu mandilah maka tubuh anda akan wangi dan membuat fikiran terasa selesa


http://kiathidupsehat.com/manfaat-dan-khasiat-bunga-tanjung-mimusops-elengi/




HASAD, DENGKI DAN IRI HATI

HASAD, DENGKI DAN IRI HATI





Sifat-sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW :

Maksudnya : "Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu."


Allah SWT berfirman :

Maksudnya  : Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya.

- ( Surah Ali 'Imran : 120 )


SUMBER : Dari bahan bacaan sendiri....Buku Indahnya Hidup Bersyariat




HUKUM HALAL

HUKUM HALAL




TAKRIF HALAL

- Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Firman Allah SWT:  Maksudnya : MAKANLAH DARIPADA YANG BAIK (HALAL) DAN KERJAKANLAH AMALAN SOLEH.

- Surah al- Mukminin 51

Allah SWT memerintahkan kita makan dan minum daripada bahan-nahan yang baik iaitu halal, suci lagi bersih sebelum melakukan ibadat dan amalan soleh lain.

Di samping itu, binatang yang boleh dimakan seperti kambing, ayam dan lembu perlu disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan, sesuai dengan tuntutan Islam


Sumber : Dari bahan bacaan sendiri....Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Mahmudah vs Mazmumah



Mahmudah vs Mazmumah



SABAR
Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang ang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.” (Surah al-Kahfi 18:28)
Menerusi ayat diatas,bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar di atas sekaligus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada mengigati Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.w.a yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.”(Riwayat Muslim)
Sememangnya,sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.
Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar.Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah!
KELUH-KESAH
Keluh-kesah berlawanan sifatnya dengan sabar. Mereka yang mempunyai sifat ini kerap mengomel lantaran kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Biasanya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah s.w.t mempunyai hati yang bersangka baik dengan Allah s.w.t atas setiap dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Bebanan hidup yang berat adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada manusia. Ujian itu diberi untuk menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka.
Manusia yang dicipta Allah sifatnya tidak sempurna, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila menerima ujian. Puteri kesayangan Rasulullah s.w.a juga diuji apabila suatu ketika rasa keberatan melakukan kerja rumah bersendirian tanpa pembantu rumah. Lantas dia meminta suaminya, Saidina Ali pergi menemui Rasulullah s.w.a. untuk meminta pembantu rumah.
Permintaan Fatimah itu tidak dapat dipenuhi. Bahkan ia amat membimbangkan Rasulullah s.w.a, kerana aduan itu timbul daripada perasaan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Rasulullah s.w.a. bertemu dengan puterinya lalu menasihatkannya supaya membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidur.Selepas itu, Sayidina Ali dan isterinya mengamalkan wirid yang diajar oleh Rasulullah s.w.a. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi berkeluh-kesah dalam menghadapi kerja-kerja sehariannya yang berat, malah berasa cukup bahagia melakukannya.
Itulah dia ubat yang mujarab dalam menghadapi dugaan dan menjauhkan kita daripada bersifat keluh-kesah. Moga ingatan kita yang tidak henti-henti kepada Allah s.w.t akan menyebabkan kita berasa tenang bahkan bahagia menghadapi kehidupan sehari-hari. Insya-Allah.
Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

http://hasnulhadiahmad.com/mahmudah-vs-mazmumah/





Seorang wanita rompak dua bank di Washington D.C.


Seorang wanita  rompak dua bank  di Washington D.C.

REUTERS
GAMBAR yang disiarkan Biro Penyiasatan Persekutuan menunjukkan seorang wanita yang merompak dua buah bank di Washington D.C. kelmarin.


WASHINGTON D.C. - Seorang wanita dipercayai merompak dua buah bank di sini selang 15 minit kelmarin.
Perompak itu yang memakai cermin mata dan skaf hitam menghantar nota kepada juruwang di kedua-dua bank tersebut supaya mereka memberikannya sejumlah wang.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah wang itu.
Jarak antara kedua-dua buah bank itu ialah 2.41 kilometer.
Pihak polis kini memburu wanita tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2K5X1Gb2f 
Hakcipta terpelihara 



'Spider-Man' panjat hotel di Cuba


'Spider-Man' panjat hotel di Cuba

AP
SALAH seorang penghuni hotel itu (kiri) merakamkan gambar Robert yang sedang memanjat.



HAVANA - Seorang warga Perancis yang digelar Spider-Man, Alain Robert memanjat bangunan Hotel Havana Libre di sini kelmarin tanpa menggunakan tali sebagai tanda sokongannya kepada pemimpin revolusi negara ini, Fidel Castro.
"Memanjat adalah satu cara untuk mendalami sesebuah negara atau budaya," kata pelagak ngeri Perancis itu sebelum menamatkan aksi pertamanya di Cuba.
"Ini tanda sokongan padu saya kepada Castro," tambahnya.

REUTERS
'SPIDER-MAN' mengibarkan bendera Cuba di atas bumbung hotel itu.


Apabila ditanya sama ada dia akan menemui Castro ketika berkunjung ke sini, Robert berkata: "Saya tidak pasti sama ada beliau akan berjumpa dengan saya."
Castro yang berusia 86 tahun itu menyerahkan teraju pemerintahan Cuba kepada adiknya Raul pada tahun 2008.
Dibuka pada 1958, hotel tersebut pernah menjadi ibu pejabat sementara untuk Castro.
Robert mula memanjat bangunan tersebut dari tingkat empat dan sampai ke tingkat 26 hotel setinggi 70 meter itu dalam tempoh cuma 26 minit.
Polis menghentikan lalu lintas ketika Robert melakukan aksi ngeri tersebut yang disaksikan sekitar 2,000 penonton. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2K5VhUt00 
Hakcipta terpelihara 




Wanita didakwa dirogol dihukum penjara



Wanita didakwa dirogol dihukum penjara
ABDIAZIZ

MOGADISHU - Seorang wanita yang mendakwa dia telah dirogol oleh askar-askar Somalia dihukum penjara selama setahun oleh Hakim Ahmed Adan di sebuah mahkamah di sini, semalam.
Seorang wartawan yang melaporkan kisah tersebut, Abdiaziz Abdinuur Ibrahim turut dihukum penjara selama setahun.
Pemerintah Somalia sebelum ini menyatakan wanita itu sengaja membuat cerita dia dirogol.
Pihak pendakwa raya menyatakan, bukti-bukti perubatan menunjukkan wanita tersebut tidak dirogol.
Namun, tertuduh dibenarkan menjalani tahanan di rumah sebagai ganti hukuman penjara kerana dia terpaksa menjaga seorang anaknya yang masih kecil.
Peguam-peguam wanita dan wartawan itu menyatakan, mereka akan membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.
Hukuman itu mencetuskan kemarahan sebuah pertubuhan hak asasi manusia.
"Pemerintah baharu Somalia berfikir mereka akan dapat menutup keganasan seksual oleh pasukan keselamatan dengan menghukum wanita yang membuat aduan rogol dan wartawan yang melaporkannya," kata beberapa penyelidik pertubuhan Human Rights Watch.
"Polis Somalia bukan sahaja tidak melakukan siasatan tetapi menggunakan tenaga mereka untuk memalukan wanita tersebut dengan mendakwa dia dan wartawan itu berkomplot untuk menjatuhkan imej pemerintah bagi mendapatkan keuntungan," kata pertubuhan itu.
Pemerintah Somalia yang disokong masyarakat antarabangsa mula menguasai pemerintahan di negara ini sejak September tahun lalu memberitahu, pihaknya tidak campur tangan dalam proses kehakiman tersebut. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2K5USYA1J 
Hakcipta terpelihara 

Pelakon drama Sahara mohon maaf




Pelakon drama Sahara mohon maaf

ANTARA babak kontroversi Sahara yang menyaksikan Reen yang membawa watak wanita berpurdah berpelukan dengan Ikhwan.



KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara semalam tampil membuat permohonan maaf berikutan babak yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga menyebabkan tayangannya terpaksa dihentikan di saluran Astro Prima baru-baru ini.
Tindakan itu diambil apabila pelakon lain yang turut membintangi drama yang ditayangkan di saluran itu menerima tempias dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama di blog dan laman sosial seperti Facebook.
Pelakon Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl tampil membuat permohonan maaf secara peribadi tanpa melibatkan pihak produksi atau stesen televisyen.
“Kami mengharapkan orang ramai berhenti membuat tohmahan dan provokasi di laman sosial.
“Kami memohon maaf sekiranya isu ini mencetuskan kemarahan. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kami mengakui kesilapan kami,” jelas Arief yang mewakili barisan pelakon drama tersebut pada sidang akhbar di sini semalam.
Drama tersebut sebelum ini mencetuskan kemarahan apabila terdapat babak romantis yang melibatkan wanita berpurdah lakonan Reen Rahim bersama watak yang dilakonkan oleh Ikhwan Khairuddin.
Reen sebelum ini telah memohon maaf dengan mendakwa dia tidak berniat mempersendakan agama.
Pengarah drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. itu, Dinesh Samby belum mengeluarkan kenyataan mengenai kontroversi tersebut.
Drama 20 episod itu dihentikan tayangannya sehingga episod ke 15 minggu lalu.
Sahara mengisahkan seorang gadis bandar yang liar terpaksa tinggal di sekolah pondok dan berdepan cabaran menjadi wanita muslimah sebelum jatuh cinta dengan seorang pelajar di situ.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2K5Q6WVAh 
Hakcipta terpelihara 



Polis tumpas sindiket ubah suai cek, seorang ditahan



Polis tumpas sindiket ubah suai cek, seorang ditahan
MOHMAD (kanan) mendengar penerangan daripada pegawainya mengenai cek yang dirampas pada sidang akhbar di Cheras semalam.



KUALA LUMPUR - Kegiatan licik seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mengubah suai cek yang dicuri daripada peti surat sejak lima tahun lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama 1,321 keping cek bernilai RM1 juta baru-baru ini.
Suspek berusia lingkungan 32 tersebut ditahan pada pukul 6.45 petang 29 Januari lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada seorang lelaki mengatakan akaun banknya telah digunakan untuk memasukkan cek yang telah diubah suai.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pemandu itu mendakwa akaun bank miliknya telah disekat selepas dia mengeluarkan RM3,910 pada Oktober tahun lalu.
Katanya, siasatan mendapati, akaun bank lelaki itu telah digunakan oleh seorang wanita Thailand untuk memasukkan cek tersebut.
"Siasatan mendapati cek itu sebenarnya milik seorang peniaga wanita di Melaka. Mangsa telah membuat laporan pada 28 Disember tahun lalu selepas mendapati cek yang sepatutnya diposkan kepada pembekalnya kira-kira tiga bulan sebelum itu telah dimasukkan ke dalam akaun bank pihak lain.
"Bertindak atas maklumat, polis kemudian telah membuat serbuan sebelum memberkas seorang lelaki berusia 32 tahun pada pukul 6.45 petang 29 Januari lalu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, suspek diberkas selepas dia menyerah diri di Balai Polis Pudu di sini. Soal siasat kemudian membawa polis ke sebuah premis di Jalan Shelly, Cheras pada pukul 9.30 malam.
Menurut Mohmad, di situ, polis merampas beberapa peralatan untuk mengubah suai cek.
"Antara yang dirampas termasuk 1,321 keping cek, mesin pencetak, komputer riba, alat pengesan ketulenan wang, mesin taip, cecair yang digunakan untuk mengubah suai cek, telefon bimbit, pemutar skru dan segugus kunci," katanya yang memberitahu, kesemua barangan itu dianggarkan bernilai RM1 juta.
Ujar Mohmad, modus operandi mereka ialah akan mencuri surat mengandungi cek dari peti pos yang tidak berkunci di bangunan kedai dan pejabat di seluruh negara. Selepas itu, mereka akan menggunakan sejenis cecair untuk mengubah nombor akaun dan jumlah cek tersebut.
"Polis percaya telah menyelesaikan 107 kes ubah suai cek dengan tertangkapnya suspek itu," katanya.
Polis kini sedang mencari beberapa lagi individu termasuk dua beradik, Lau Chee Chong, 35, dan Lau Chee Chun, 32, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, sebat atau denda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2K5ORws5q 
Hakcipta terpelihara 

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun


Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

RABIDIN ketika di luar Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.



RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.
Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.
Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.
Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.
Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.
Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.
Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan.
Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun membantah rayuan tertuduh.
Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.
Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2K5N59JTa 
Hakcipta terpelihara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved