Kehilangan Habitat, Pemburu Haram Ancam Populasi Beruang Madu

on Wednesday, May 22, 2013





ASSALAMUALAIKUM.......SALAM SEJAHTERA SEMUA



BERUANG MADU

BERUANG MADU



SANDAKAN, 22 Mei (Bernama) -- Kehilangan habitat dan diburu secara haram untuk digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional adalah antara punca utama yang menyebabkan populasi beruang madu menurun hingga sekurang-kurangnya 30 peratus sejak tiga dekad lepas.

Di Borneo, spesies beruang paling kecil di dunia ini, juga berkurangan jumlahnya kerana ditangkap secara haram untuk dijual sebagai haiwan peliharaan dan dibunuh kerana dianggap sebagai musuh manusia.

Mendiami seluruh kawasan tanah besar Asia, Sumatera di Indonesia dan Borneo, jumlah sebenar haiwan ini yang hidup secara liar, tidak dapat dipastikan dan menyebabkannya diklasifikasikan sebagai haiwan yang terdedah kepada bahaya dalam "The IUCN Red List" serta berisko diancam kepupusan.

Beruang madu juga diklasifiaksikan sebagai Spesies yang Dilindungi Sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997, seperti status yang diberi kepada orang utan dan badak Sumatera.

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) Wong Siew Te berkata mamalia ini terbahagi kepada dua subspesies - Helarctos malayanus malayanus dan Helarctos malayanus euryspilus, dengan spesies Helarctos malayanus euryspilus, yang lebih kecil daripada keduanya, hanya boleh ditemui di Borneo.

"Dengan kata lain, beruang madu di Borneo adalah lebih kecil daripada beruang madu yang terdapat di tempat lain di Malaysia dan di rantau ini. Kami ingin berkongsi dengan lebih ramai penduduk tempatan tentang betapa bertuahnya kita kerana beruang yang unik ini terdapat di Borneo dan di Sabah ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata kawasan hutan yang semakin mengecil menjadikan haiwan ini semakin kerap terserempak dengan manusia dan lebuh mudah untuk ditangkap.

"Kini, pusat kami menempatkan 28 beruang yang berjaya diselamatkan. Sesetengahnya dipelihara secara haram, manakala selebihnya, yang terkepung di dalam hutan, dihantar ke sini. Keadaan beruang yang ada di sini kemudian dibuat penilaian sama ada sesuai untuk dilepaskan kembali ke hutan," katanya.

Pusat ini terletak bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di sini.

"Di Borneo, beruang madu terus menghadapi ancaman akibat kemusnahan habitat dan diburu secara haram. Kita perlu mengekalkan hutan yang masih ada jika kita ingin menyelamatkan haiwan ini serta mencegah kegiatan memburunya secara haram," katanya.

Wong berkata kempen kesedaran tentang perlunya haiwan ini terus dipulihara akan ditingkatkan sebaik saja pust berkenaan dibuka kepada orang ramai menjelang awal tahun depan.



-- BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI !



Ranking: 5


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved