Mekanik ditahan kes dera anak tiri

on Thursday, December 13, 2012



KLANG 12 Dis. - Polis menahan seorang mekanik bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki yang rakamannya tersebar di internet dan dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak semalam.







Berdasarkan rakaman kira-kira 8 minit 33 saat itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berkenaan telah dipukul, ditampar, disepak dan dibaling dengan objek selain disuruh mengangkat tangan sambil melutut oleh seorang lelaki di hadapan dua lagi kanak-kanak dalam sebuah rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Taman Mas, Kapar kira-kira pukul 8 malam tadi berikutan laporan polis yang dibuat jirannya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit merupakan bapa tiri kepada kanak-kanak berkenaan yang dipercayai anak isteri keduanya.
“Siasatan juga mendapati rakaman dera itu dirakam menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik disyaki oleh isteri pertama suspek. Ibu mangsa telah diambil kenyataan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambah Jani, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 15 Disember ini mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kata beliau, mangsa pula dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut selepas didapati mempunyai kesan kecederaan lama di bahagian badannya.


http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121213/je_04/Mekanik-ditahan-kes-dera-anak-tiri
Ranking: 5

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved