Keputihan pada lidah bayi

on Friday, December 7, 2012






Samada bayi yang menyusu badan atau susu formula, keputihan pada lidah mereka adalah sesuatu yang normal. Tapi apabila tidak dibersihkan secara kerap, ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih parah pada bahagian mulut bayi terutama sekali bagi bayi yang menyusu menggunakan botol. Ia berkait rapat dengan kebersihan botol susu dan benda-benda disekitar bayi yang selalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
 



Membersihkan lidah bayi adakalanya menjadi rumit apabila bayi menangis dengan kuat setiap kali kita ingin membersihkannya. Bagi mereka yang mempunyai bayi yang tidak cerewet, tentulah tidak menjadi masalah kepada mereka. 

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit petua untuk mencuci keputihan pada lidah bayi. Semoga ianya boleh membantu.
Jika anda mempunyai cara lain, sila kongsikan di ruangan komen dan saya akan updatekan post ini nanti.

1. Dukung anak
Rebus atau rendamkan (dengan air panas) akar pokok dukung anak. Air rebusan atau rendaman itu boleh anda gunakan untuk mencuci lidah bayi anda. Jika tertelan sekalipun, tak perlu dirisaukan kerana air rebusan akar dukung anak boleh digunakan untuk merawat sakit perut atau demam bayi.

2. Daun jarak
Getah pada daun jarak juga boleh digunakan untuk membersihkan lidah bayi.

3. Yogurt asli
Bagi bayi yang telah berusia 6 bulan dan ke atas, yogurt asli boleh digunakan dengan cara menyapu yogurt pada lidah bayi di sebelah malam dan biarkan sehingga ke pagi.

4. Madu
Sapukan madu pada lidah bayi dan biarkan kering di mulut. Ia juga berkesan untuk menyembuhkan jangkitan yis atau ‘thrush’ pada bayi.

http://www.petuaherba.com/keputihan-pada-lidah-bayi

Ranking: 5


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved