Kerjaya dalam bidang polimer

on Tuesday, November 13, 2012






MALAYSIA sebagai sebuah negara industri tidak mahu ketinggalan bersaing di peringkat antarabangsa untuk menghasilkan teknologi bagi mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi daripada bahan-bahan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Terkini, teknologi kejuruteraan polimer antara bidang yang mula diterokai di negara ini.
Ramai tidak tahu apa itu bidang kejuruteraan polimer.




. kegunaan polimer dalam bidang perubatan 



Mengapa ia perlu diterokai dan apa keuntungannya kepada pelajar yang menceburi bidang berkenaan.
Perkataan polimer mungkin asing bagi sesetengah pelajar khususnya bagi yang mengikuti aliran sastera.

‘Poly’ dalam bahasa Greek bermaksud banyak manakala perkataan `mer’ bermaksud bahagian.

Dalam bahasa saintifik, ia adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian tentang bahan kimia iaitu pencantuman ikatan karbon yang lebih panjang untuk membentuk polimer.
Polimer dalam bahasa mudah ialah kajian mengenai pembuatan produk berkaitan getah dan plastik.

Di kebanyakan negara maju, bidang kejuruteraan polimer kini semakin berkembang.
Selain menyediakan prospek luas dalam kerjaya profesional, bidang berkenaan juga mampu menjana ekonomi negara menerusi penghasilan pembuatan produk getah dan plastik berkualiti.

Dari segi peluang kerja, lulusan bidang kejuruteraan polimer tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.

Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan, perunding dan pegawai sains di syarikat perindustrian.

Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bagi lulusan SPM mereka perlu mengikuti program Matrikulasi atau diploma selama satu hingga tiga tahun sebelum diterima masuk ke program peringkat sarjana muda.

Bagi lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan.

Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi MARA antara institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian dalam bidang ini.


 http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=0625&pub=ESTIDOTMY&sec=Kerjaya&pg=kj_01.htm
Ranking: 5


1 comments:

  1. Polimer dalam bahasa mudah ialah kajian mengenai pembuatan produk berkaitan getah dan plastik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved