Khasiat pokok nam nam / buah katak puru [Boleh kuruskan badan]

on Saturday, November 10, 2012


Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus. 
 
 


Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.


Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.

khasiatnya:
boleh di gunakan untuk penyakit darah tinggi dan boleh kuruskan badan.
cara-caranya:
minum air rebusan daun pokok nam nam
(bilangan daun dalam kuantiti ganjil. 5/7/9)
jadi air herba warnanya seperti air teh..tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.

Buah nya boleh di makan begitu saja tanpa di buang kulit.
rasa buah nya kelat masam masam manis

http://www.sinarharian.com.my/rencana/nam-nam-dipanggil-buah-katak-puru-1.2401?localLinksEnabled=false
Ranking: 5

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved