Khasiat dan kegunaan daun kucai..

on Wednesday, October 31, 2012


Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.





 DAUN KUCAI


Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

 
Khasiat Daun Kucai

Daun kucai memiliki pelbagai khasiat seperti mempunyai vitamin B, vitamin C dan karotin. Bukan itu sahaja malahan ia juga mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama dari segi penyakit keputihan dan sakit senggugut. Bukan itu sahaja malahan ia juga dikatakan berupaya merawat darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.


Daun kucai mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.

Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi. Apa pun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum melakukannya sendiri 
 
- ROHANA


Kegunaan Daun Kucai

Daun kucai boleh dicampurkan ke dalam makanan dan rasanya sedap.

KUETIAW KERANG
 
 
 
KUCAU GORENG
 
 
CUCUR BAWANG
 
 
CHAR KEOW TEOW 


Cucur Lemak Manis Seimbang
 
 
OYSTERCAKE



FOTO : GOOGLE
Ranking: 5

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved