Bunga tasbih sesuai jadi hiasan pagar

on Sunday, September 30, 2012


POKOK bunga tasbih, tumbuhan berbatang lembut atau nama botaniknya Canna orientalis dari keluarga Cannaccac adalah pokok hiasan yang boleh ditanam di kawasan taman. Selain menjadi hiasan pagar, ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.
Ia memiliki daun besar dan berupih pada pangkalnya turut berfungsi membalut batangnya yang menyerap dan menyimpan air.






 Kepelbagaian warna daunnya daripada hijau tua, hijau muda, ungu dan campuran putih turut menjadi perhiasan kecantikannya.
Apapun, bunganya yang besar dengan kelopak berwarna merah, kuning, jingga dan kuning bertompok merah diserlahkan sepanjang tempoh berbunga kira-kira sebulan menceriakan persekitaran taman.

Bunganya mengandungi stamen dan juga pistil pada kelopak yang sama. Korolla (bahagian bunganya) mempunyai dua lingkaran tiga kelopak yang memiliki enam stamen berbeza.
Tumbuhan herba ini boleh dibiakkan dengan kaedah belahan rumpun atau rizomnya. Subur di kawasan yang lembap tetapi memerlukan cahaya matahari yang terik untuk membantu proses pembungaan.

Tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pokok latar belakang, menggunakan kaedah penanam kelompok, berbaris atau dalam satu gabungan dengan spesies pokok hiasan lain yang sesuai.
Keseragaman daunnya yang hijau menyebabkan ia serasi ditanam bersama pokok Hymcnocaullis atau bunga bakung, Zephyranthes rosca (lili hujan), Hippcastrum reticulatrum dan Cranium amabilc dari keluarga Amaryllindaccac.

Dalam pada itu, pokok bawang bakung adalah tumbuhan herba yang memiliki daun berbentuk pedang sepanjang kira-kira 80 sentimeter bagi daun matang dan ada alur pada bahagian tengahnya. Ia juga sesuai untuk dijadikan hiasan kawasan taman.

Pokok ini boleh ditanam mengelilingi pokok Canna orientalis sekiranya kaedah penanaman bulatan menjadi pilihan. Langkah ini akan menyerlahkan gabungan warna bunga yang menarik di samping memanfaatkan aroma bunga bawang bakung pada waktu malam.




Bunga bawang bakung lazimnya kembang sekuntum pada batang salur hijaunya yang panjang dengan serlahan bunga berwarna putih bersama enam sari salut yang terjurai dari tiub sulurnya.
Zephyranthes rosea, pokok bebawang yang berasal dari kawasan tropika Amerika dengan bunganya keluar apabila dedaun panjang dalam bentuk nipis itu layu (pupus).

Bunganya yang berwarna merah muda mempunyai enam kelopak yang tersusun dalam dua lapisan. Kebiasaannya empat kuntum bunga bercantum pada satu pangkal dengan enam stamen yang panjang. Pokok ini sesuai disusun di celah pokok bawang bakung.

Lazimnya, tanah gambut yang bercampur tanah liat mempunyai kandungan air yang cukup bagi keperluan tumbesaran pokok dan tidak memerlukan kerja penyiraman kerap berbanding di kawasan kering terutama tanah berpasir.

Satu lagi spesies bebawang dari Cuba, Hippcastrum reticulatrum dengan sekuntum bunganya setiap satu pokok boleh ditanam dalam lingkungan bulatan di hadapan pokok Zephyranthes rosca. Pokok ini yang memiliki daun seiras daun kucai hanya mencapai ketinggian sehingga 15 sm dan berbunga selepas musim kemarau panjang.

FAKTA: Bunga Tasbih
Nama Botanik:
Canna orientalis
Keluarga: Cannaccac
Keistimewaan: Bunga berkembang selama sebulan
Daun: Besar dan berupih



Blogtumbuhan
Ranking: 5

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved