Sistem pernafasan pada manusia

on Wednesday, August 8, 2012


Sistem pernapasan atau sistem respirasi adalah sistem organ yang digunakan untuk pertukaran gas. Pada hewan berkaki empat, sistem pernapasan umumnya termasuk saluran yang digunakan untuk membawa udara ke dalam paru-paru di mana terjadi pertukaran gas. Diafragma menarik udara masuk dan juga mengeluarkannya. Berbagai variasi sistem pernapasan ditemukan pada berbagai jenis makhluk hidup. Bahkan pohon pun memiliki sistem pernapasan.


Pernapasan dada adalah pernapasan yang melibatkan otot antartulang rusuk. Mekanismenya dapat dibedakan sebagai berikut.
1. Fase inspirasi.
Fase ini berupa berkontraksinya otot antartulang rusuk sehingga rongga dada membesar, akibatnya tekanan dalam rongga dada menjadi lebih kecil daripada tekanan di luar sehingga udara luar yang kaya oksigen masuk.
2. Fase ekspirasi.
Fase ini merupakan fase relaksasi atau kembalinya otot antara tulang rusuk ke posisi semula yang dikuti oleh turunnya tulang rusuk sehingga rongga dada menjadi kecil. Sebagai akibatnya, tekanan di dalam rongga dada menjadi lebih besar daripada tekanan luar, sehingga udara dalam rongga dada

yang kaya karbon dioksida keluar.

sumber :Muhammad Arifin

Sistem pernafasan anda


MANUSIA dewasa memerlukan 95 peratus pernafasan oksigen di dalam darah yang disedut bagi membolehkan sistem badan manusia berfungsi dengan normal.
Pernafasan penting bagi tujuan pembentukan tenaga hasil daripada metabolisme makanan. Pernafasan juga adalah sebahagian komponen yang membentuk tisu-tisu badan manusia.
Pernafasan juga membantu memulihkan tisu-tisu yang cedera dan mengelakkan penyakit dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan otak untuk berfikir dan sebagainya
Sistem pernafasan memain peranan utama dalam menentukan tisu badan manusia menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan mengeluarkan hasil metabolisme tisu-tisu seperti karbon dioksida keluar dari badan manusia.

Ini dapat mengekalkan sistem peredaran darah manusia mempunyai kandungan udara (Arterial Blood Gases) yang diperlukan serta mengekalkan keadaan pH darah yang normal iaitu lingkungan 7.35 hingga 7.45. Sistem pernafasan dan proses metabolisme badan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan menyeimbangkan kandungan udara di dalam darah dan pH darah supaya sentiasa berkeadaan normal.

Keadaan ini membantu sistem badan manusia berfungsi pada tahap yang optimum dan mengelakkan daripada kekurangan oksigen didalam sistem peredaran darah atau dikenali sebagai hypoxemia dimana jika ia tidak dirawat dengan segera ia boleh menyebabkan:
lPeningkatan bilangan pernafasan (Tachypnoea)
lKesusahan bernafas (Dyspnoea)
lPeningkatan bilangan degupan jantung (Tachycardia)
lKebiruan pada kulit (Cyanosis)
lKeresahan (Restlessness)
lKelemahan otot pernafasan (Respiratory muscle weakness)
lHilang kesedaran diri (Confusion and Coma)

Fungsi sistem pernafasan boleh diganggu oleh penyakit-penyakit seperti influenza, radang paru-paru, asma, patah tulang rusuk, kecacatan rongga torak dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan menganggu ventilasi dan pertukaran gas-gas pada peringkat alveoli menyebabkan saluran pernafasan sempit atau dikenali sebagai Obstructive Syndrome yang disebabkan inflamasi, kontraksi (spasm) otot-otot lembut dan peningkatan cecair rongga pernafasan (lungs secretion).
Rasa ketat pada tisu paru-paru dan rongga torak atau dikenali sebagai Restrictive Syndrome juga bakal berlaku. Kelemahan otot pernafasan ini menyebabkan ventilasi udara menjadi tidak efisien dan menggunakan banyak tenaga. Ini meningkatkan kerja otot pernafasan yang sekali gus boleh menyebabkan kepenatan dan kelemahan otot pernafasan.

Justeru itu, bagi mengekalkan sistem pernafasan anda sentiasa berfungsi dengan baik, langkah pencegahan dari dijangkiti penyakit seperti penyakit-penyakit bawaan udara perlu diambil melalui:
lElakkan terdedah dengan pesakit yang sedang menghidapi penyakit paru-paru.
lSentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan.
lMenggunakan penutup hidung dan mulut jika pengudaraan persekitaran tercemar atau berhubung dengan pesakit-pesakit penyakit paru-paru.

lSentiasa makan makanan seimbang.
lSegera mendapatkan rawatan perubatan jika mempunyai tanda-tanda serangan penyakit paru-paru seperti kesusahan bernafas, nafas berbunyi, batuk berterusan, kelemahan keseluruhan badan dan kurang berupaya melakukan kerja seharian kerana kesusahan bernafas.
Selain rawatan perubatan, fisioterapi juga boleh membantu mengekalkan fungsi sistem pernafasan dengan melakukan senaman pernafasan, teknik mengeluarkan lebihan cecair paru-paru atau kahak, senaman meningkat toleran paru-paru dan pendidikan tentang penjagaan paru-paru yang boleh diperoleh di Unit Fisioterapi hospital kerajaan mahupun swasta.

Secara amnya, senaman pernafasan atau lebih dikenali sebagai Active Cycle Breathing Technique (ACBT) digunakan jika kita mempunyai masalah kesusahan bernafas, batuk berkahak dan kurang toleran paru-paru manakala teknik kedudukan selesa dan Postural Drainage digunakan bagi meningkatkan ventilasi dan pertukaran udara di peringkat tisu paru-paru melalui proses ventilasi-perfusi serta membantu mengeluarkan lebihan cecair paru-paru.
Manakala pendidikan tentang penjagaan paru-paru akan diberikan oleh ahli fisioterapi bagi memberi pengetahuan tentang pencegahan dan perawatan terhadap penyakit paru-paru.

sumber :Arkib

 Sistem pernafasan memain peranan utama dalam menentukan tisu badan manusia menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan mengeluarkan hasil metabolisme tisu-tisu seperti karbon dioksida keluar dari badan manusia.

Ranking: 5

1 comments:

  1. Sistem pernafasan memain peranan utama dalam menentukan tisu badan manusia menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan mengeluarkan hasil metabolisme tisu-tisu seperti karbon dioksida keluar dari badan manusia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved