Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan

on Thursday, May 24, 2012







Semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves. Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman tanam dalam pasu. 


                    Daun pandan akan diekstrakkan sebelum digunakan sebagai pewarna 


Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!
Budidaya tanaman pandan yang tumbuh menyemak

1) Makanan.
a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka (bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayamc) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap, berbagai jenis bubur


Sisa daun pandan untuk makanan bubur kacang hijau.


2) Pelbagai: 

a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Untuk pewangi toilet kamar mandi
 

3) Ubatan:

a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga
ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi. 

  Hiasan bunga dari setangkai pandan wangi


 


  ~ Dapat digunakan sebagai obat panu, ambil segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut ~
~ Dapat juga digunakan untuk mengobati darah tinggi. Ambilah 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas sore. Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi ingat, harus tetap mematuhi pantangan-pantangan yang diberikan doktor ~
Ranking: 5


3 comments:

  1. ~ Dapat juga digunakan untuk mengobati darah tinggi. Ambilah 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas sore. Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi ingat, harus tetap mematuhi pantangan-pantangan yang diberikan doktor ~

    ReplyDelete
  2. Minta izin IM linkkan blog ini ke entri terbaru IM...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved