HAK-HAK JIRAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

on Thursday, May 10, 2012







Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi.

Islam banyak mewasiatkan umatnya agar kita sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan, Allah SWT berfirman dalam al-Quran;

Maksudnya;

“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “
 (Surah an-Nisa’ : ayat 36)

(Dekat dan jauh di dalam ayat di atas dikaitkan dengan tempat, hubungan kekeluargaan dan perbedaan agama antara yang muslim dengan yang bukan muslim)

Rasulullah SAW juga sering memperingatkan kita dalam banyak hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran dan sentiasa berbakti serta memuliakan mereka. Antara pesanan baginda ialah;

“ Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk diwarisi ( mendapatkan harta pusaka).”
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 by : AHMAD RAHIMIE


 
Kesedaran seseorang individu untuk menjadi individu muslim yg sejati akan melahirkan keluarga muslim yang sejati. Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan mewujudkan masyarakat Islam yang sejati. 

Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya sekiranya konsep kejiranan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan yang harmonilah yang akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi.

 Dan kejiranan merupakan unsur penting formula ini! Jika dahagakan Khilafah, maka kejiranan jangan diabaikan! Jangan terlalu gopoh inginkan kemenangan Islam sedangkan kejiranan masih dalam porak poranda...

 karangan Imam Abdullah Al-Haddad
Ranking: 5


1 comments:

  1. Kejiranan yang harmonilah yang akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved