BURUNG UNTA

on Thursday, April 26, 2012







SAIZ mata burung unta lebih besar daripada saiz otaknya. Kelebihannya ialah boleh berlari selaju 70 km sejam.....fakta
Telur burung unta memerlukan 40 minit untuk direbus.






Burung unta (Struthio Camelus atau bahasa Inggris: Ostrich), adalah nama untuk seekor burung yang berbadan paling besar dari kebanyakan bangsa burung lainnya. Burung unta memang tidak boleh terbang, tetapi mereka memiliki kaki yang kuat dan panjang. Kaki tersebut digunakan untuk berlari. Saat berlari, kecepatannya boleh mencapai 70 km/jam.
 
 Sayap yang pendek digunakan untuk berbelok ketika sedang berlari. Burung unta hanya mempunyai dua jari di kakinya, dan jari yang satu jauh lebih besar dibanding yang lainnya. Dan burung unta berlari hanya dengan bertumpu pada jarinya yang besar.
 
 Selain untuk berlari, kaki yang panjang itu boleh digunakan untuk senjata saat membela diri. Sekali ditendang, kita boleh mengalami patah tulang. Di setiap kakinya terdapat cakar yang tajam dan panjang. Kerana badannya besar, tentunya telur yang dihasilkan juga besar. Burung ini mendiami Afrika bahagian tengah dan selatan, yang banyak terdapat rerumputan ataupun daerah pepasiran yang gersang.
 
 Matanya yang besar membolehkan penglihatan yang baik. Membran khusus melindungi matanya dari debu dan pasir. Biasanya burung unta tidur dengan memasukkan kepalanya ke celah sayapnya. Mereka boleh hidup 20 hingga 30 tahun di kawasan yang berbahaya. Apabila di penangkaran, mereka boleh bertahan hidup hingga 40 tahun.
 
 Telur dari burung terbesar di dunia ini juga merupakan telur burung yang terbesar di dunia. Mereka menggali lubang yang sangat dalam di pasir dan meletakkan semua telur di dalamnya. Tapi ketika mereka bertelur lebih dari 10 - 12 butir, mereka perlu mengubah ukuran lubang tersebut supaya cukup. Jika burung unta membuat lubang di tanah sebagai ganti pasir, ini akan mengambil masa yang lebih lama, menyebabkan mereka mengeluarkan banyak tenaga. Mereka menutupi telur-telur ini dengan pasir lagi.
 
 
 
 Kalau nak makan telur burung unta, kenalah sedikan tukul !!

 Kenapa nak kena ada tukul ek? sebab,telur burung unta ni keras k..tak boleh nak bukak guna tangan je..kalau tak caya,tengok gambar-gambar dibawah..tapi telur ni memang besar..geli pulak nak makan telur besar ni..haha..!! 
 
 
 
 
 
 
 
 Akhir abad ke-19, bulu-bulu burung unta digunakan untuk membuat topi dan baju. Sekarang ini, dagingnya sudah dijadikan sebagai menu makanan. Afrika Selatan dan Amerika Serikat adalah negara-negara yang memiliki peternakan burung unta terbanyak.
 
Burung unta berjalan dengan jari kaki (kerana sebahagian besar bangsa burung juga menggunakan jari kakinya untuk berjalan). Jantannya agak lebih besar dari betina. 
 
 
p/s : Otak burung unta,,,,,lagi kecik dari biji matanya.. huahuahua..!! tapi telur dia besar..zzz...


Ranking: 5


1 comments:

  1. Burung unta berjalan dengan jari kaki (kerana sebahagian besar bangsa burung juga menggunakan jari kakinya untuk berjalan). Jantannya agak lebih besar dari betina.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved