KHASIAT DAN KEGUNAAN UBI KEMILI

on Friday, February 24, 2012


Ubi keling atau ubi kemili. Nama Botani : Coleus tuberosus
 
Sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 - 90 cm dan ditanam sebagai tanaman semusim.
   Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubinya berukuran 2-4 cm panjang, 0.5-2 cm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu. 

 
        Negara asal: Madagaskar atau Afrika Tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia.



Kegunaan dan Khasiat

        Ubi kemili direbus atau dimasak seperti juga ubi-ubi lain. Ubi ini juga menjadi ramuan dalam masakan daging, ikan, sup atau sayuran lain sebagai penyedap rasa dan memaniskan masakan itu. 

Daun mudanya juga dibuat sayur dan menjadi ramuan penyedap rasa dalam masakan sayuran. 

 Khasiat ubi ini dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 75 g, protein 1.6 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin A 0.0 mg, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg, vitamin C 8.1 mg.  

        Dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan daunnya mengandungi: air 93.8 g, protein 0.9 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 3.5 g, serat 0.6 g, kalsium 164 mg, fosforus 86 mg, ferum 3.9 mg, natrium 3 mg, kalium 119 mg, karotena 1231 mg, vitamin A 205 mg,  vitamin B1 0.02 mg, vitamin B2 0.81 mg, niasin 0.8 mg niasin 0.8 mg dan vitamin C 2.1 mg.

Ranking: 5

3 comments:

  1. BOLEH JUGA MASAK DENGAN GULAI IKAN KELI, IKAN TENGGIRI, AYAM, DAGING DLL

    ReplyDelete
  2. tumpang tnya..kat mana dapat info mengenai ubi kemili ni?.
    sebab saya tgh buat research mengenai ubi ini..harap dpat balas..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari di google atau cari buku berkenaan dengan ubi-ubi mungkin ada...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved