BUNGA TANJUNG PUTIH BERSERI KEMBANG JELITA HARUM BAUNYA

on Thursday, February 9, 2012







Bunga Tanjung Putih Berseri
Kembang Jelita Harum Baunya
Gagah Sungguh Pohonmu berdiri
Tegap Rimbun Gagah Perkasa



Harum Baumu si Bungalah Tanjung
Harumnya sampai harumnya sampai
Melintasi gunung

Pokok Bunga Tanjung adalah pokok malar hijau mencecah ketinggian sekitar 16 m. Ia berbunga pada April, dab berbuah berlaku sekitar bulan Jun. Daunnya berkilat, hijau gelap, berbentuk bujur, sepanjang 5–14 cm dan 2.5–6 cm lebar. Bunganya krim, berbulu dan wangi. Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang gelap kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaan. Pokok mungkin mencecah ketinggian 30–60 kaki dengan ukur lilit sekitar 1 m.

Kegunaan

1. Merawat ruam bernanah
Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. Air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.

2. Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau.
Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari.

3. Merawat luka.
Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rinitis
Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.

5. Mewangikan rambut.
Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.
Ranking: 5


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved