RAHSIA ORANG YAHUDI

on Sunday, March 13, 2011


Kosher - cara Yahudi menjaga piawaian ‘halal’

Kosher ialah makanan yang ‘halal’ menurut agama Yahudi dari segi makanan dan juga cara ianya disediakan. Ia melibatkan jenis binatang yang tidak diharamkan ke atas orang yahudi daripada memakannya seperti khinzir, unta, arnab, binatang-binatang selain tikus dan juga makanan laut selain daripada ikan.

Janganlah makan binatang yang dinyatakan haram oleh TUHAN. Kamu boleh makan binatang-binatang ini: sapi, domba, kambing, rusa, domba hutan, kambing hutan, kijang dan semua binatang yang kukunya terbelah dan memamah biak. Kamu tak boleh makan binatang yang kukunya tidak terbelah dan tidak memamah biak. Jangan makan unta, kelinci atau marmot. Binatang itu haram karena walaupun memamah biak, kukunya tidak terbelah. Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh. Kamu boleh makan segala macam ikan yang bersirip dan bersisik. Binatang yang hidup di dalam air tetapi tidak bersirip dan tidak bersisik adalah haram, jadi tak boleh dimakan. Kamu boleh makan segala macam burung yang tidak haram. Tetapi ada beberapa jenis burung yang tidak boleh dimakan, yaitu: burung rajawali, burung hantu, segala jenis elang, nasar, gagak, burung unta, camar, blekok dan segala jenis bangau, undan, burung kasa dan kelelawar. Semua serangga yang bersayap adalah haram, jadi tak boleh dimakan. Binatang bersayap yang tidak haram boleh dimakan. Binatang yang mati dengan sendirinya tak boleh kamu makan, tetapi boleh dimakan oleh orang asing yang tinggal di antara kamu, atau dijual kepada bangsa asing. Kamu adalah umat yang dikhususkan untuk TUHAN Allahmu. Daging anak domba atau anak kambing tak boleh dimasak dengan air susu induknya. [Deutronomy 14:3-21]

Selain itu hendaklah disediakan menurut kaedah Kashrut, yang melibatkan: jenis burung yang halal, cara penyembelihan dan proses selepas penyembelihan, tidak bercampur dengan makanan yang tidak kosher. Yang termasuk di dalam perkiraan kashrut juga ialah faktor kebersihan dan kesucian sewaktu penyediaan makanan tersebut.

Menurut orang Yahudi, mereka hanya boleh makan binatang yang telah disembelih saja.

Binatang untuk kurban harus disembelih di tempat memotong binatang untuk kurban bakaran, lalu darahnya disiramkan pada keempat sisi mezbah. [Leviticus 7:2]

Ia juga hendaklah dibersihkan daripada darah-darah dan lemak-lemaknya, kerana darah dan lemak haiwan adalah dua perkara yang haram ke atas penganut Yahudi.

Katakanlah kepada orang Israel: Segala lemak dari lembu, domba ataupun kambing janganlah kamu makan. Lemak bangkai atau lemak binatang yang mati diterkam boleh dipergunakan untuk segala keperluan, tetapi jangan sekali-kali kamu memakannya. Karena setiap orang yang memakan lemak dari hewan yang dipergunakan untuk mempersembahkan korban api-apian bagi TUHAN, nyawa orang yang memakan itu, haruslah dilenyapkan dari antara bangsanya. Demikian juga janganlah kamu memakan darah apapun di segala tempat kediamanmu, baik darah burung-burung ataupun darah hewan. Setiap orang yang memakan darah apapun, nyawa orang itu haruslah dilenyapkan dari antara bangsanya. [Leviticus 7:23-27]

Proses penyembelihan (Shechita) hanya boleh dilakukan oleh penyembelih kosher berbangsa Yahudi yang bertauliah dan terlatih sahaja (sochet), dengan menggunakan alat-alat penyembelihan yang dikhususkan untuk penyembelihan kosher sahaja (pisau yang tajam). Selepas proses shehita. seorang pemeriksa berbangsa Yahudi yang bertauliah dan terlatih akan melakukan proses pemeriksaan dan akan memastikan bahawa tiada organ-organ dalaman yang rosak dan boleh menyebabkan haiwan tersebut tidak tergolong di dalam kategori sembelihan kosher. Proses ini dinamakan bedika. Selepas itu daging tersebut akan menjalani proses diberikan cop ‘Glatt Kosher’ iaitu ‘Kosher Tanpa Syak Lagi!’ sebelum dibawa kepada proses selanjutnya. Kemudian, upacara Nikkur, iaitu pembersihan daripada darah, lemak dan juga organ-organ lain yang diharamkan di dalam haiwan akan dilakukan. Penyimpanan daging hendaklah tidak dicampurkan dengan susu dan juga organ-organ yang diharamkan tadi. Jika sesuatu tempat itu pernah digunakan untuk menyimpan daging-daging yang bukan kosher, maka pembakaran dan pembersihan melalui proses penghangatan akan dilakukan demi memastikan tempat tersebut benar-benar suci dan bersih. Selepas proses yang rumit dan panjang serta berhati-hati, barulah sesuatu daging itu boleh diberikan sijil kosher dan dijual di pasaran.

Perlu diingat, setiap proses di dalam menghasilkan makanan kosher, bermula dari penternakan, penyembelihan, proses dan pengedaran hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Yahudi demi memastikan orang-orang Yahudi hanya makan makanan yang benar-benar kosher dan berkhasiat. Sebab itulah orang Yahudi dapat menjaga kecerdikan dan juga kesihatan mereka.

Jika ianya melibatkan makanan bijirin, roti dan kuih-muih pula, ianya hendaklah tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak kosher dan setiap ramuannya hanya dibeli dari orang-orang Yahudi dan diproses menurut cara yang suci dan juga menepati ritual kosher dan pantang larangnya. Bahan-bahan makanan mereka hendaklah bersih daripada babi, haiwan-haiwan tidak kosher dan juga hendaklah melalui proses penghangatan ataupun dibakar demi memastikan ianya benar-benar bersih. Proses pembakaran ini dinamakan sebagai Challah. Bagi makanan tenusu pula, ianya mestilah melalui proses pembersihan dan juga penyucian yang dinamakan sebagai Chalav Israel.

Lihatlah betapa telitinya orang-orang Yahudi di dalam penyediaan makanan mereka dan betapa berjaga-jaganya mereka terhadap apa yang masuk ke dalam perut mereka. Ini kerana apa yang masuk ke perut akan menjadi darah dan juga akan dibekalkan ke otak. Hanya makanan yang berkhasiat sahaja akan menjadi zat dan bekalan kepada pertumbuhan bahagian fizikal tubuh seseorang insan.

Menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.


Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumNya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman“. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti: hati; paru-paru; perut; hempedal; buah pinggang; jantung; telur ayam yang belum keluar dari perut ayam; telur ikan; dan sebagainya.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja.

Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudarat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat.

Di ambil dari Majalah Milenia Muslim, Mei 2005.
Ranking: 5

2 comments:

  1. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

    ReplyDelete
  2. Ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved