MUHASABMUHASABAH DIRI : Menutup / Mendedahkan Keaiban Orang

on Friday, December 10, 2010


JANGAN SIBAR KEAIBAN ORANG


Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada betul atau tidak adalah berdosa. Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan sesuatu kes. Haram menceritakan dan menyiarkannya di dalam surat khabar dan dimanamana pun, walaupun disisi undang-undang dunia dibolehkan, Islam tetap mengharamkan penyebaran aib orang lain.

Seseorang yang menulis tentang aib orang lain juga akan disoal dan penulisannya akan didatangkan kembali di hari kiamat. Oleh itu sebagai orang Islam, berhati-hatilah dan elakkan dari menulis tentang keaiban orang lain. Hasil dari jualan berita yang mendedahkan keaiban itu juga boleh menjadi haram.

Di Padang Mahsyar nanti Allah akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain sehingga mereka malu dan sanggup terjun ke dalam api neraka.

Dalam satu hadis, ada disebut lebih kurang begini “kalau orang mengaibkan kamu dengan sesuatu yang tidak berasas, Allah akan mengaibkannya di Padang Mahsyar, janganlah kamu mengaibkan walaupun ianya berasas”.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved