PEMANASAN GLOBAL ANGKARA KITA

on Tuesday, October 19, 2010


Tanggungjawab menyelamatkan alam sekitar dipikul oleh setiap manusia di muka bumi ini.

Pihak berkuasa merumuskan yang tabiat manusia antara punca pemanasan global dan seharusnya tindakan perlu diambil sebelum ia terlambat.

"Kita semua perlu memainkan peranan ", kata pihak bekuasa. "Kita yang menyebabkan suhu bumi dan paras air laut meningkat."

"Ayuh ubah tabiat kita pembaziran penggunaan tenaga dan air. Lebih mudah dan selesa melakukannya di rumah." Pihak berkuasa bersetuju dengan petua berikut yang membantu memelihara alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Adalah penting untuk kita mengurangkan penggunaan tenaga untuk merendahkan kesan pemanasan global yang semakin membimbangkan ini. Anda harus ingat, apa yang perlu dilakukan adalah mematikan suis lampu apabila hendak meninggalkan bilik serta mematikan kesemua suis peralatan elektrik meninggalkan rumah. Tenaga akan dibazirkan walaupun ia dibiarkan dalam mod bersedia dan menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau dan karbon dioksida.

Kita dinasihatkan supaya mematikan kuasa komputer ketika tidak digunakan, terutamanya dengan monitor yang tidak digunakan lebih daripada 20 minit dan kedua-dua monitor dan CPU yang tidak digunakan lebih daripada 3 jam. Gunakan pencetak dengan bijak dengan mencetak pada kedua belah bahagian kertas. Memang jimat!

Penjimatan air adalah penting dan perlu diambil berat. Mulakan dengan menutup paip air apabila memberus gigi. Buka hanya bila membersihkan dan berkumur sahaja.

Apabila membersihkan pinggan mangkuk, jangan biarkan air paip terus dibuka. Jika anda mempunyai 2 sinki dapur, penuhkan sinki dengan air sabun dan satu lagi untuk membilas. Jika anda hanya ada satu sinki dapur, kumpulkan pinggan mangkuk yang dibasuh di rak dan bilasnya dengan penyembur.

Kita juga boleh menjimatkan air ketika mandi dengan menutup paip apabila sedang mencuci badan dengan sabun dan buka semula ketika hendak membilas.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved