KHASIAT PUCUK BETIK

on Saturday, July 3, 2010








Kelebihan memakan buah betik terhadap kesihatan memangtidak dapat dinafikan. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat bada.

Memakan buah betik juga terbukti dapat mengekalkan kehalusan kulit. Ia juga mampu menjadikan wajah sentiasa kelihatan awet muda. Pook betik atau nama saintifiknya Carica papaya dari keluargaaricaceae dikenal pasti mengandungi pelbagai zat. Bagi setiap 100g betik, ia mengandungi 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga.

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak kemudian di makan.

Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi ia amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi. Selain itu, jus daun betik boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah / penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.

Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman / pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Ranking: 5


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved