KHASIAT SERAI

on Tuesday, June 22, 2010






SERAI

Sesiapa saja kenal dengan pokok S ERAI atau CITRONELLA yang banyak digunakan di dapur-dapur Asia...

Serai juga termasuk dalam golongan tumbuhan rempah di kalangan masyarakat Melayu ini kerana ia digunakan secara meluas dalam masakan. Serai mudah ditanam dan tumbuh berumpun. Bahagian yang digunakan adalah bahagian pangkalnya. Baunya yang harum menyebabkan sesuatu masakan itu terasa lebih sedap. Dalam masyarakat Melayu, serai juga mempunyai fungsi dalam amalan perubatan tradisional.

Antara masalah kesihatan yang boleh disembuhkan dengan menggunakan serai adalah seperti berikut:-


Sesak Nafas

Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuhlah serai itu serta tumbuk sampai lumat, bubuh dalam periuk yang mendandungi air sebanyak 2 gelas, masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan mimumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah dua kali seminggu dan seterusnya.



Memutihkan gigi

Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil dua batang serai, basuh dan hiris halus kemudian ditumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosoklah pada gigi yang berkarat.


Melegakan Pening dan Lesu

Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil muda ( Morning Sickness ). Untuk melegakan masalah ini ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas, bubuh air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin minumlah sebaik-baiknya sebelum tidur.
Ranking: 5


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved