KHASIAT BELIMBING BULUH

on Tuesday, June 1, 2010


BELIMBING BULUH.... DARAH TINGGI

Ia buah tempatan ini sudah terlalu biasa pada kita,kita selalu abaikan buah tempatan,kita lebih suka memilih epal,anggur dan pear...Hijau Lestari tak kata tak boleh,namun buah tempatan nie murah harganya,malahan boleh di dapati secara percuma di kampung-kampung.Orang kampung dah tak larat nak makan buah nie apabila buahnya lebat dan banyak sepanjang tahun.


Fakta ringkas tentang buah belimbing

•Di katakan berasal dari India dan Sri Lanka.
•Juga terdapat di semua negara di Asia Tenggara.
•Terdapat juga belimbing di Australia dan Amerika Syarikat,kepulauan Caribean dan Afrika.
•Amerika mengusahakan belimbing di dalam skala yang besar iatu di Hawaii dan Florida Selatan
•Pada asanta terdapat 2 jenis belimbing iaitu,Belimbing manis ( Averrhoa Carambola) dan belimbing masam ( Averrhoa belimbi).Jenis kedua sangat kaya dengan pelbagai khasiat perubatan!

•Belimbing manis berukuran besar,tinggi kandungan serat,berwarna menarik serta mempunyai rasa yang menyegarkan,manakala belimbing buluh bersaiz kecil,kekuningan serta sebagai melengkapi hidangan,biasanya di masukkan ke dalam gulai atau masak lemak.Buat basuh ikan untuk hilangkan hanyir ikan pun banyak.

Khasiat Belimbing.

Buah belimbing mengandungi sumber mineral dan khasiat yang menakjubkan.Di samping protein,kabohidrat,ia turut mengandungi kalium,serat,vitamin A,B dan C , Niacin,zat besi dan air.Dikatakan dapat menurunkan kandungan kolestrol,mencegah hepatitis,mencegah sel kanser,meningkatkan daya tahan tubuh badan.Bahan seperti pektin dalam belimbing mampu untuk mengikat kolestrol dan mengeluarakannya melalui sistem perkumuhan.Tambahan kandungan serat yang tinggi membolehkan pencernaan berjalan lancar.

Jadi sesuai juga bagi sesiapa yang ingin diet atau mengubah tabiat pemakanan untuk lebih stabil berat badan.Nak makan begitu sahaja pun boleh,tetapi ramai juga yang suka buat jus malahan ada yang buat ulam.

Belimbing yang sudah matang,bukannya terlalu masak ye..sesuai untuk meredakan pelbagai penyakit ,antaranya diabetes,kolestrol,batuk,radang kerongkong,demam dan kanser.Bauah belimbing boleh juga mengubati malaria,malahan daunnya bergunakan untuk mengatasi tekanan dara tinggi serta bisul.Akarnya pula boleh mengubati buasir

Bagi yang mempunyai darah tinggi eloklah makan buah belimbing buluh,cari yang hijau kekuningan,kisarkan,tambahla gula sikit dan boleh diminum mengikut kesesuaian waktu.

Bagi yang demam panas pula,ambil beberapa daun yang segar,ramas dengan air letakkan di atas kain,kain tu boleh la letakkan di atas badan atau dahi, sehingga panasnya berkurangan.

Bagi pesakit buasir pulak bolehlah amalkan belimbing kerana kandungan seratnya yang tinggi memudahkan nak buang air besar.Buasirkan merupakan bengkak serta radang pada otot dubur dan akan sakit apabila ingin buang air besar.Menurut petua orang tua,bagi pesakit buasir boleh ambil belimbing buluh,akarnya dan daunnya.Kemudian direbus sehingga mendidih,minum air rebusan ini 2 X sehari sehingga buasir surut.

Namun ingatan untuk pembaca Hijau Lestari buah ini tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang,malahan belimbing manis tidak sesuai untuk pesakit diabetes dan kolestrol,yang paling sesuai ialah belimbing buluh...rasanya uhhhhhh....masamnya!!!!!tapi memang baik untuk kesihatan,setakat nie susah nak cari pokok buah nie kat kampung.rasanya dah banyak kena tebang,sebab ramai suka tanam rambutan dan mempelam....

Pada Hijau Lestari pokok belimbing buluh nie agak rendang,tak terlalu tinggi dan sesuai untuk lanskap rumah atau taman.Tentu cantik dan menarik jika di tanam sepanjang jalan atau taman.
Label: buah belimbing, diabetes, kolestrol
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sertai Rakan-rakan yang lain disini

Google+ Followers

 
© Informasi Cikgu Noor Mala Shahar All Rights Reserved