BILA Anda menyukai makan ikan, sebaiknya ikan tersebut disajikan dalam bentuk dibakar. Sebab, ikan bakar akan membuat risiko Anda untuk mengalami stroke menjadi berkurang, sedang bila ikan tersebut digoreng sebaliknya akan meningkatkan risiko untuk menderita stroke.

Ikan memang menyihatkan, tapi cara memasak akan memberikan efek berbeza terhadap kesihatan. Demikian yang ditemukan dalam penelitian di Amerika Syarikat, seperti diambil dari doktorsihat.com.

Para peneliti tersebut menemukan, mereka yang telah berusia 65 tahun atau lebih dan sering mengambil ikan bakar akan berkurang risiko strokenya hingga 30 peratus dibanding dengan orang yang hanya mengambil ikan sekali dalam sebulan.

Sebaliknya, mereka yang mengambil ikan dengan cara digoreng atau dalam sandwiche yang lebih dari satu kali dalam seminggu, akan berisiko 40 peratus lebih tinggi untuk menderita stroke, dibanding dengan orang yang jarang mengambil ikan (kurang dari sekali dalam sebulan).

Para peneliti tersebut menyatakan ikan bakar lebih sihat sebab dengan banyak memakan ikan yang dibakar, akan diperoleh lebih banyak asupan asam lemak Omega-3.

Omega-3 baik untuk pembuluh darah, tekanan darah dan mengurangi peradangan. Semua itu akan membuat risiko stroke menjadi menurun. (cr1)

Ikan Goreng Berisiko Stroke
Sekiranya anda kerap memakan ikan goreng, risiko anda untuk mendapat seragan stroke adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menggemarinya.

Ia berdasarkan kajian melibatkan 21,675 individu di Amerika Syarikat.
Fadi Nahab, penyelidik dari Universiti Emory, Atlanta menjelaskan, sungguhpun ikan kaya dengan omega 3 yang mampu menghalang stroke, ia akan termusnah jika ikan itu digoreng.


Berbeda dengan ikan bakar, ikan yang digoreng akan membuat asam lemak Omega-3 berkurang. Selain itu faktor seperti jenis ikan yang digoreng, cara penyajian dan yang makanan lain yang dimakan bersama dengan ikan goreng yang berkaitan dengan pola makan, akan mempertinggi risiko stroke.

Jenis ikan yang diketahui mempunyai kadar asam lemak Omega-3 yang tinggi, yang baik untuk mencegah stroke antara lain adalah ikan tuna, salmon, herring, mackerel, dan anchovies.

Perbezaan dalam corak pemakanan ikan mungkin dapat menjelaskan perbezaan serangan stroke mengikut kaum dan tempat..
Yang mana pilihan anda...?